Persepsi Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Terhadap Pendekatan Design Thinking (Pemikiran Rekabentuk) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP): Satu Kajian Rintis
Keywords:
Design Thinking, Pengetahuan, Kefahaman, Kesediaan, InovasiAbstract
Pensyarah IPGK menghadapi cabaran untuk melaksanakan pendekatan Design Thinking (DT) dalam PdP. Ketiadaan pengetahuan, pemahaman, dan kesediaan yang mencukupi menghalang keberkesanan pendekatan ini, mengakibatkan kurangnya inovasi dan kreativiti dalam penyampaian pengajaran. Justeru itu, kajian rintis ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
(IPGKTB) terhadap pendekatan DT dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik berstruktur secara dalam talian. Seramai 39 pensyarah telah dipilih secara rawak untuk tinjauan. Keputusan menunjukkan, pensyarah IPGKTB mempunyai tahap kesediaan paling tinggi (min=3.81), diikuti dengan kefahaman (min=3.42) dan pengetahuan (min=3.39). Kajian ini juga mendapati bahawa faktor pemahaman dan pengetahuan tentang konsep dan prinsip asas DT perlu ditingkatkan agar pensyarah IPGKTB bersedia untuk menerima pendekatan ini. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pensyarah bersedia untuk menerima pendekatan DT, kekurangan pengetahuan dan kefahaman asas mengenai konsep serta prinsip DT boleh menghalang keberkesanan pelaksanaannya. Oleh itu, peningkatan dalam aspek ini adalah penting. Kesimpulannya, hasil kajian ini membolehkan pihak IPGK merangka strategi yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, kefahaman, keyakinan dan kesediaan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran.
