Hubungan Sikap dan Minat Terhadap Kaedah Lawatan dalam Pembelajaran Sejarah dalam Kalangan Pelajar PISMP

Authors

  • Malar Muthiah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Kaushalya Palanisamy Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Sikap, Minat, Lawatan, Sejarah, Pembelajaran

Abstract

Kaedah lawatan merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sesuai pada masa kini dalam menarik minat sekaligus dapat memberikan kefahaman dalam pembelajaran Sejarah. Oleh itu,kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap dan minat serta hubungan antara sikap dan minat terhadap pembelajaran Sejarah melalui kaedah lawatan dalam kalangan pelajar PISMP. Seramai 41 orang pelajar PISMP yang mengambil elektif teras Sejarah telah dipilih sebagai sampel berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Instrumen soal selidik kajian ini telah disahkan oleh pakar-pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS versi 26.0. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran kursus sejarah berada pada tahap tinggi (M=3.87, SD=0.56) dalam kalangan pelajar elektif Sejarah. Tahap minat pelajar Sejarah bagi kaedah lawatan adalah tinggi iaitu (M= 3.61, SD=0.623). Ini menunjukkan pelajar elektif sejarah sangat berminat untuk mempelajari kursus Sejarah yang menggunakan kaedah pembelajaran yang berbentuk lawatan. Analisis statistik inferensi bagi korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengenal pasti hubungan sikap dengan minat pelajar terhadap Sejarah melalui kaedah lawatan. Hasil analisis kajian ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif di antara sikap dengan minat pelajar dalam pembelajaran Sejarah melalui kaedah lawatan (r= .562, p = .000 < .05). Ini menunjukkan tahap sikap pelajar mempengaruhi minat mereka terhadap Sejarah melalui kaedah lawatan yang turut disarankan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran (DSKP). Kajian ini telah melahirkan beberapa implikasi iaitu antaranya pelajar lebih bersemangat dan menunjukkan minat yang tinggi serta terlibat secara aktif dalam pembelajaran Sejarah di IPG Kampus Tuanku Bainun.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

21-30 of 33

You may also start an advanced similarity search for this article.