Cabaran Guru Sejarah Melaksanakan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sejarah

Authors

  • Suhaida Mohd Sahid Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Shahabudin Hashim Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Salmiza Mohd Sahid Universiti Sains Malaysia Author

Keywords:

Cabaran, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Abstract

Salah satu disiplin sejarah yang perlu dilaksanakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah ialah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Terdapat lima elemen iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi yang terkandung dalam KPS. Walau bagaimanapun, kurangnya bahan rujukan yang sesuai, kekangan masa dalam kurikulum, dan kekurangan latihan yang khusus berkaitan dengan Kemahiran Pemikiran Sejarah antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru Sejarah (Rahman et al., 2019). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran guru terhadap pelaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang melibatkan tiga orang guru Sejarah sekolah menengah. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Soalan temu bual adalah instrumen utama untuk mengumpul data bagi menjawab semua persoalan mengenai cabaran guru Sejarah dalam melaksanakan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP Sejarah). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Sejarah mempunyai beberapa cabaran terhadap pelaksanaan KPS antaranya cabaran kendiri iaitu cabaran komitmen dan cabaran kompetensi. Selain itu, guru Sejarah juga mengalami cabaran sekolah iaitu dari segi kemudahan prasarana dan bahan bantu mengajar (BBM) yang terhad. Oleh itu, implikasi kajian ini mencadangkan kepada semua guru Sejarah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan segala cabaran dapat diatasi supaya KPS dapat dilaksanakan dalam proses PdP Sejarah. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada guru Sejarah, pihak sekolah, penggubal dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan pihak universiti.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

41-48 of 48

You may also start an advanced similarity search for this article.