Kecenderungan Pemilihan Reka Bentuk Penyelidikan dalam Pendidikan di Sebuah Kampus Institut Pendidikan Guru (IPGK)

Authors

  • Khairani Zakariya Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Punitha Muniandy Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Rekabentuk, asas penyelidikan, kertas projek

Abstract

Selaras hasrat KPM untuk menjadikan IPG sebagai sebuah institusi latihan guru bertaraf dunia, standard penyelidikan juga perlu ditingkatkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kecenderungan dan faktor pemilihan reka bentuk penyelidikan serta hubungan faktor pengetahuan dengan pemilihan reka bentuk penyelidikan dalam kalangan pelajar Tahun 4. Kajian dijalankan adalah berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 191 pelajar IPGK dari pelbagai bidang pengajian telah menjawab soal selidik tersebut. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Analisis min dan sisihan piawai bagi melihat faktor dan kecenderungan pemilihan rekabentuk. Manakala statistik inferens iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Tahap pengetahuan dalam pemilihan reka bentuk penyelidikan dalam pendidikan dalam kalangan pelajar IPGK berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.39. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan bersifat negatif antara tahap pengetahuan pelajar mengenai penyelidikan dan kecenderungan dalam memilih reka bentuk penyelidikan. Secara keseluruhan kajian menunjukkan pelajar Tahun 4 mempunyai tahap pengetahuan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan bersifat sederhana tinggi dan kecenderungan memilih rekabentuk adalah neutral selaras dengan dapatan kajian keempat iaitu walaupun tahap pengetahuan pelajar meningkat, namun faktor tersebut tidak mempengaruhi pemilihan mana-mana reka bentuk penyelidikan. Ini menunjukkan masih ada faktor-faktor selain pengetahuan yang mempengaruhi kecenderungan pemilihan reka bentuk penyelidikan dalam kalangan pelajar Tahun 4.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

11-16 of 16

You may also start an advanced similarity search for this article.