Penerapan Elemen Kelestarian Alam Sekitar dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil SJKT

Authors

  • Vikneshwary Sahadevan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

kelestarian alam sekitar, amalan guru, cabaran, guru bahasa tamil, ketua panitia

Abstract

Kajian ini adalah berfokuskan penerapan elemen kelestarian alam sekitar dalam matapelajaran bahasa tamil SJKT. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan guru-guru terhadap penerapan elemen kelestarian alam sekitar dalam mata pelajaran bahasa Tamil dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menerapkan kelestarian alam sekitar dalam PdPC bahasa Tamil di SJKT Ladang Juru. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian tinjauan. Borang pemerhatian dan temu bual telah digunakan sebagai instrumen untuk menganalisis hasil dapatan kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan seorang ketua panitia bahasa Tamil yang mengajar di SJKT Ladang Juru. Guru bahasa Tamil yang mengajar bahasa Tamil ini memiliki ciri-ciri seperti pengalaman mengajar bahasa Tamil tidak kurang 3 tahun dan pengalaman mengajar tidak kurang dari 5 tahun. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan amalan guru terhadap penerapan elemen kelestarian alam sekitar dalam mata pelajaran bahasa Tamil berada pada tahap tinggi dan amat memuaskan. Hasil kajian diharapkan dapat memberi impak yang berkesan kepada para guru bagi meningkatkan lagi penerapan unsur kelestarian alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil yang mendorong kepada kemenjadian murid yang berdaya fikiran tinggi dan mampu menghadapi serta menyelesaikan cabaran kehidupan dalam dunia realistik pada masa akan datang.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

1-10 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.