PELAKSANAAN PROJEK SENI MUZIK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN 

Authors

Keywords:

Projek Seni Muzik, pendekatan multisensori, ketidakupayaan pendengaran

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan pelaksanaan projek seni muzik dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi ketidakupayaan pendengaran Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk projek seni muzik yang dilaksanakan, strategi pengajaran yang digunakan, serta cabaran yang dihadapi oleh guru dalam konteks pendidikan khas. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif kualitatif melibatkan tiga orang guru muzik pendidikan khas di dua sebuah sekolah yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian aktiviti projek, dan analisis dokumen seperti rancangan pengajaran harian dan bahan bantu mengajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti yang bersifat visual, kinestetik seperti pergerakan kreatif, serta “Story Walk in Music” sering digunakan dalam aktiviti projek seni muzik. Ensembel perkusi dan permainan rekoder turut dijalankan dalam projek seni muzik dengan kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid ketidakupayaan pendengaran. Cabaran utama termasuk kekangan masa, kurang latihan dan tahap kemahiran guru dalam bidang  muzik. Implikasi kajian ini menekankan keperluan pembangunan modul pengajaran seni muzik inklusif berasaskan pendekatan multisensori, penggunaan kaedah pengajaran  guru yang berterusan, serta sokongan sumber yang mencukupi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran.

Author Biography

  • Nurul Hidayah Adnan, IPG TUANKU BAINUN

    PENSYARAH MUZIK, JABATAN SENI VISUAL DAN MUZIK 

Published

2025-09-27