DINAMIKA PENGGUNAAN TEKNOLOGI AI DALAM PENGHASILAN KARYA DIGITAL PELAJAR IPG: ANALISIS KUALITATIF

Authors

  • Hamizan Ibrahim INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN Author
  • Norzuraina Mohd Nor Author

Keywords:

Kecerdasan Buatan, karya digital, pendidikan guru, kreativiti, kajian kualitatif

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti secara mendalam dinamika penggunaan teknologi
Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan karya digital oleh pelajar Institut Pendidikan
Guru (IPG) di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Pendekatan kualitatif sepenuhnya
melalui reka bentuk kajian kes digunakan bagi memahami pengalaman dan persepsi
pelajar secara holistik. Tiga buah IPG dipilih secara bertujuan, melibatkan seramai 36
orang peserta yang terdiri daripada 10 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) tahun 1 di setiap IPG dan 2 orang pensyarah yang mengajar seni visual di
setiap IPG. Data dikumpulkan melalui tiga kaedah utama iaitu temu bual separa
berstruktur, analisis dokumen karya digital pelajar dan pemerhatian berfokus untuk
mendapatkan gambaran menyeluruh tentang proses dan hasil karya digital berasaskan
AI. Analisis tematik dijalankan bagi mengenal pasti corak, pola dan tema penting yang
muncul daripada data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan AI telah
memberi impak positif dengan meningkatkan kualiti visual karya, mempercepat proses
penghasilan dan memperkaya penerokaan idea kreatif pelajar. Namun, cabaran turut
dikenal pasti termasuk ketergantungan berlebihan terhadap teknologi, kemerosotan
kemahiran manual serta isu etika berkaitan keaslian dan hak cipta karya. Implikasi
kajian ini menekankan keperluan merancang strategi pengajaran yang seimbang agar
penggunaan teknologi AI dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan perkembangan
kemahiran seni tradisional. Hasil kajian diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak
berkepentingan dalam merangka kurikulum dan pedagogi yang lebih relevan dengan
perkembangan teknologi semasa.

Published

2025-09-29

Similar Articles

11-20 of 61

You may also start an advanced similarity search for this article.