KURSUS PEDAGOGI: KEBERKESANAN DAN PENGAPLIKASIANNYA SEMASA AMALAN PROFESSIONAL (PRAKTIKUM)

Authors

Keywords:

kursus pedagogi, latihan amalan profesional, guru pelatih, keberkesanan pengajaran, aplikasi teori pedagogi

Abstract

Walaupun kursus pedagogi di Institut Pendidikan Guru (IPG) dirangka untuk membekalkan bakal guru dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal, kajian lepas menunjukkan wujud jurang yang ketara antara teori yang dipelajari dengan pengaplikasiannya semasa latihan amalan profesional. Guru pelatih sering berhadapan dengan kekangan masa, kepelbagaian tahap murid, dan beban kerja yang tinggi sehingga menyukarkan mereka mengaplikasikan pengetahuan pedagogi secara berkesan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kursus pedagogi serta tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam kalangan guru pelatih semasa latihan amalan profesional. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk deskriptif dan korelasi ini melibatkan 118 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Instrumen kajian berupa soal selidik yang diadaptasi menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach antara 0.85 hingga 0.87. Dapatan menunjukkan tahap keberkesanan kursus pedagogi adalah tinggi (min=4.57, SP=0.55), manakala tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran pedagogi juga berada pada tahap tinggi (min=4.31, SP=0.58). Walau bagaimanapun, wujud jurang dalam aspek latihan amalan profesional (min=4.21) dan sokongan bimbingan (min=3.95). Implikasi kajian mencadangkan penambahbaikan kurikulum pedagogi melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, pengukuhan latihan praktikal, serta mekanisme bimbingan berstruktur antara institusi pendidikan guru dan sekolah. Kajian ini turut menyumbang kepada pengukuhan teori Konstruktivisme Vygotsky dan Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Kolb. Kesimpulannya, kursus pedagogi berkesan dalam mempersiapkan bakal guru, namun memerlukan penambahbaikan bagi mengurangkan jurang antara teori dan praktikal.

Author Biography

  • Syamsul Abdul Hamid, IPGK Tuanku Bainun

Published

2025-09-28

Similar Articles

11-20 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.