TAHAP KESEDARAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Authors

Keywords:

Kewarganegaraan global, kemahiran menyelesaikan masalah dan guru pendidikan awal kanak-kanak

Abstract

Kewarganegaraan global dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan elemen asas yang perlu diberikan perhatian oleh pendidik awal kanak-kanak. Hal ini penting supaya kanak-kanak dapat didedahkan kepada keupayaan individu untuk memahami isu global, menghormati perbezaan budaya serta kebolehan mengenal pasti masalah. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kualiti guru, cabaran yang dihadapi oleh guru dan cadangan strategi dalam usaha membimbing kanak-kanak menyelesaikan masalah dan mendidik kesedaran kewarganegaraan global. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif secara gabungan melibatkan 120 responden soal selidik dan 9 responden temu bual dalam kalangan pendidik dan pakar bidang awal kanak-kanak. Analisis soal selidik mendapati Elemen Kesedaran Kewarganegaraan Global (KKG) dalam kalangan responden berada pada skor min yang tinggi iaitu 90.08% di skala Sangat Setuju. Manakala, Elemen Kemahiran Menyelesaikan Masalah (KMM) menunjukkan skor min 78.8% di skala Sangat Setuju, sekaligus menggambarkan perbezaan penguasaan antara kedua-dua elemen tersebut. Dapatan kualitatif menunjukkan terdapat cabaran pelaksanaan amalan pedagogi guru untuk menghubungkaitkan kesedaran kewarganegaraan global dan kemahiran menyelesaikan masalah di prasekolah. Pakar mencadangkan supaya pelaksanaan Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) secara berterusan, aplikasi teknologi digital dalam pedagogi dan penilaian secara autentik. Kajian ini dijangka dapat memberikan sumbangan bermakna dalam memperkukuh strategi pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara kontekstual boleh diperluaskan dengan pendekatan bersepadu supaya guru dapat mempraktikkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kewarganegaraan global. Kajian lanjutan perlu dilaksanakan untuk menambah baik amalan pedagogi guru melalui pembinaan modul interaktif yang menggabungjalinkan teknologi digital dengan kewarganegaraan global.

Published

2025-09-27

Similar Articles

41-50 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.