TAHAP KOMPETENSI GURU PELATIH SEMASA PRAKTIKUM II DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Authors

  • Faridah Salam Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Rozaini Abu Bakar Author

Keywords:

Pentaksiran Bilik Darjah pentaksiran berterusan, kompetensi, cabaran, pendidikan

Abstract

Kajian ini menilai kompetensi guru pelatih dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi semasa praktikum. Reka bentuk tinjauan kuantitatif digunakan dengan soal selidik sebagai instrumen utama, disokong oleh data kualitatif untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang cabaran tersebut. Seramai 75 guru pelatih Institut Pendidikan Guru Zon Utara yang menjalani praktikum II di sekolah sekitar IPGK terlibat sebagai responden, merangkumi pelbagai program pengajian. Instrumen kajian menilai aspek pengetahuan, kemahiran, dan cabaran pelaksanaan pentaksiran berterusan dalam bilik darjah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui statistik deskriptif dan inferensi, termasuk ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan memberikan gambaran jelas tentang tahap pengetahuan, kemahiran, dan cabaran yang dihadapi guru pelatih, sekali gus menjadi asas penambahbaikan kurikulum latihan guru. Hasil kajian diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan memperkukuh dasar dan modul latihan pentaksiran, seterusnya memastikan guru pelatih lebih bersedia melaksanakan PBD secara berkesan dalam konteks pendidikan sebenar.

Published

2025-09-27

Similar Articles

51-57 of 57

You may also start an advanced similarity search for this article.