PENELITIAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM CHEYYULPAKKAL: KAJIAN DALAM BUKU TEKS BAHASA TAMIL TAHUN ENAM

Authors

  • Nevaashini Kirisna Murty ipgktb Author
  • Maniyarasan Muniandy Author

Keywords:

kemahiran insaniah, teori rangsangan dan tindak balas

Abstract

Murid perlu menguasai kemahiran insaniah seperti kognitif, interpersonal, komunikasi, digital, numerasi, kepimpinan-autonomi-tanggungjawab, personal, keusahawanan, dan etika-nilai-profesionalisme. Masih belum ada penerokaan baharu berkaitan kemahiran insaniah dalam bahasa Tamil. Ini merupakan masalah kajian serta lompang yang terdapat dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kemahiran insaniah yang terkandung dalam cheyyulpaakkal yang terkandung dalam Buku Teks Bahasa Tamil Tahun Enam SJKT menerusi pendekatan deskriptif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen dan temu bual. Kesemua cheyyulpaakkal telah dibaca dan dianalisis secara terperinci menerusi senarai semak berpandukan Buku Panduan Kemahiran Insaniah IPGM (edisi kemaskini 2022) dan teori rangsangan dan tindak balas yang dipelopori Edward Thorndike (1898-1905). Data temu bual yang diperoleh menerusi dua orang guru pakar berkaitan elemen insaniah dianalisis dengan perisian Atlas.Ti sebagai langkah triangulasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa thirukkural memiliki kemahiran interpersonal sebanyak 28.57% manakala vetri vetkai sebanyak 42.87%. Thirukkural memuatkan kemahiran komunikasi 28.57% iaitu kepimpinan-autonomi-tanggungjawab dan 100% dalam nanneri. Kemahiran etika-nilai-profesionalisme sebanyak 14.29 dalam thirukkural 33.33% dalam vetrivetkai, 100% dalam tiruvarutpaa, 100% dalam muuturai dan akhirnya kemahiran kognitif sebanyak 28.57% dalam thirukkural. Dapatan kajian ini berpotensi memberi manfaat kepada Bahagian Buku Teks, KPM, syarikat penerbitan Buku Teks bahasa Tamil, para guru dan murid.

Downloads

Published

2025-12-20

Similar Articles

31-40 of 48

You may also start an advanced similarity search for this article.