KEBERKESANAN AI GENERATIF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGARANG MURID SEKOLAH RENDAH
Keywords:
AI Generatif, penulisan naratif, keupayaan deskriptifAbstract
Teknik mengarang memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa Cina bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Namun demikian, proses pengajaran dan pembelajaran mengarang di sekolah masih banyak dipengaruhi oleh pendekatan berorientasikan peperiksaan dan penggunaan contoh ayat dan karangan. Keadaan ini menyebabkan murid sering menghadapi masalah dalam penulisan naratif seperti kekurangan deskripsi yang menarik, huraian yang tidak sesuai serta ekspresi emosi yang lemah. Seiring dengan perkembangan pesat teknologi AI Generatif , kemunculannya telah menawarkan potensi baharu untuk membantu murid memperbaiki kemahiran mengarang melalui bimbingan interaktif dan maklum balas segera. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti keberkesanan AI Generatif sebagai alat sokongan penulisan dalam meningkatkan keupayaan deskriptif murid Tahun Lima di sekolah rendah Cina. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan melibatkan dua kelas paralel di sebuah sekolah di Johor. Kumpulan eksperimen menggunakan ChatGPT sebagai alat sokongan mengarang manakala kumpulan kawalan mengikuti kaedah tradisional tanpa bantuan AI Generatif. Instrumen kajian ialah skala penilaian yang dibina oleh penyelidik sendiri dan telah disahkan oleh pakar. Skala ini merangkumi tiga dimensi, iaitu kualiti deskripsi, kekayaan kandungan dan ekspresi emosi. Data pra-uji dan pasca-uji dianalisis menggunakan aplikasi SPSS versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencatat peningkatan signifikan dalam keupayaan penulisan deskriptif berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan AI Generatif dapat memperkukuh kemahiran menulis murid serta menyumbang kepada inovasi pedagogi bahasa di sekolah rendah.
