PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Authors

  • Shahril Wanteh ipgktb Author
  • Noor Fadzilah Aris IPGKTB Author
  • Chee Keong Chin IPGKTB Author

Keywords:

Program Transformasi Minda, persepsi, guru pelatih, fasilitator, profesion keguruan

Abstract

Program Transformasi Minda (PTM) merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk menyediakan guru pelatih menghadapi kerjaya dalam profesion keguruan. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau pelaksanaan PTM dalam aspek kandungan program, penyampaian isi kandungan dan pencapaian objekitf PTM dari perspektif guru pelatih IPGMK Tuanku Bainun . Data kajian ini dikumpul melalui soal selidik berskala Likert empat poin yang disediakan dalam Google Form. Seramai 347 guru pelatih IPGMKTB yang telah mengikuti PTM memberi respon untuk ketiga-tiga segmen dalam PTM. Kajian mendapati responden berpendapat kandungan program adalah menarik, relevan dengan kerjaya guru dan sangat membantu dalam membentuk generasi guru masa hadapan yang cemerlang. Dapatan juga menunjukkan penyampaian isi kandungan program oleh barisan fasilitator adalah jelas, menarik dan mudah difahami responden. Keseluruhannya, kandungan dan penyampaian PTM yang telah dilaksanakan adalah sangat baik dengan skor min melebihi 3.5. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa kesemua objektif program tercapai dengan skor min melebihi 3.6 untuk setiap objektif. Objektif skor min tertinggi ialah penerapan nilai budaya kerja cemerlang dalam diri guru pelatih dengan berkesan. Justeru, kajian ini menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan usaha dalam mengendalikan program bagi memberi pendedahan dan penyesuaian minda di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan pendidikan seterusnya menyediakan guru-guru yang dinamik dan progresif.

Downloads

Published

2025-12-20

Similar Articles

51-59 of 59

You may also start an advanced similarity search for this article.