Tinjauan Amalan Lestari Dalam Kalangan Pelajar Yang Aktif Secara Fizikal

Authors

  • Ha Loon Ang Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Chee Keong Chin Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Linda Liang Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Author

Keywords:

aktiviti fizikal, amalan lestari, Teori Tingkah Laku Terancang

Abstract

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan pelbagai penyakit manakala persepsi alam sekitar yang kurang positif boleh menjejaskan amalan lestari. Kajian ini melibatkan 148 pelajar untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan amalan lestari dalam kalangan pelajar IPG dari perspektif Teori Tingkah Laku Terancang (TPB). Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26. Kajian soal selidik ini menggunakan instrumen Physical Activity Questionnaire for Adolescents (PAQ-A) dan New Ecological Paradigm (NEP). Antara empat faktor yang dikaji dalam analisis regresi, niat menyumbangkan sebanyak 38.3% faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal manakala tiga faktor lain iaitu sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku tidak mempengaruhi aktiviti fizikal. Perspektif terhadap alam sekitar menyumbangkan 13.4% sebagai faktor yang mempengaruhi amalan lestari. Dapatan juga menunjukkan analisis menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang lemah tetapi signifikan antara aktiviti fizikal dan amalan lestari (r= .162, p < .05). Implikasi kajian ini adalah pelajar yang aktif dalam aktiviti fizikal cenderung dalam amalan lestari. Oleh itu, program aktiviti fizikal atau amalan lestari boleh dijalankan untuk memberi kesan serampang dua mata.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

11-20 of 20

You may also start an advanced similarity search for this article.