Penglibatan Aktiviti Sukarelawan dalam Kalangan Pelajar Cina di Sebuah IPG Pulau Pinang

Authors

  • Fatt Way Chong Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

penglibatan, persepsi, amalan, aktiviti kesukarelawanan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penghayatan pelajar Cina IPGMKTB berdasarkan tiga konstruk penghayatan iaitu tahap penglibatan, persepsi dan amalan. Kajian dilakukan di IPGMKTB yang melibatkan sampel seramai 42 responden berumur antara 20 hingga 22 tahun. Responden diberikan soal selidik untuk menjawab persoalan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan pelajar Cina dalam aktiviti kesukarelawan sebelum memasuki institusi ini ialah pada tahap sederhana. Dapatan penglibatan, persepsi dan pengetahuan am mengenai aktiviti sukarelawan mereka juga pada tahap sederhana juga. Ini memberi gambaran bahawa pelajar tidak diberikan pendedahan dan peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan semasa di sekolah. Responden sangat teruja dengan program kesukarelawanan sekiranya mereka diberi kefahaman kepentingan untuk terlibat secara langsung. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian dapat disimpulkan bahawa pelajar Cina di IPGMKTB mempunyai banyak peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Namun begitu, data yang diperoleh menunjukkan bahawa mereka tidak memanfaatkan peluang yang ada, menyebabkan kadar penglibatan dalam kalangan pelajar Cina di IPGMKTB kekal rendah. Pemahaman kepentingan aktiviti sukarelawan perlu diberikan seluas-luasnya kepada para pelajar Cina agar mereka lebih matang dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan serta jati diri sebagai seorang guru permulaan yang berdaya saing.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

11-20 of 23

You may also start an advanced similarity search for this article.