INTERFERENSI BAHASA PERTAMA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA: ANALISIS MELALUI PENDEKATAN LINGUISTIK KONTRASTIF

Authors

  • Marimuthu Punniaseelan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Interferensi, Bahasa Pertama, Bahasa Kedua, Analisis Kontrastif

Abstract

Interferensi bahasa pertama (B1) kerap berlaku dalam proses pembelajaran bahasa kedua (B2) terutamanya apabila murid memindahkan ciri-ciri linguistik B1 ke dalam B2 secara tidak sengaja. Masalah ini menyukarkan proses pemerolehan B2, dan juga mengakibatkan kekeliruan dan kesilapan yang berulang dalam penulisan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis-jenis interferens B1 yang berlaku dalam penggunaan B2 serta meneliti sejauh manakah bahasa Tamil selaku bahasa ibunda mempengaruhi murid sekolah Tamil dalam penulisan karangan bahasa Melayu.Teori Analisis Kontrastif Lado (1957) digunakan untuk membandingkan sistem linguistik antara B1 (bahasa Tamil) dan B2 (bahasa Melayu) bagi menjelaskan kesukaran yang dialami oleh murid sekolah Tamil dalam menguasai B2. Teori Analisis Kontrastif Lado, R. (1957) menjelaskan perbezaan yang wujud antara B1 dengan B2 menimbulkan masalah dan kekeliruan kepada murid bagi mempelajari dan menguasai bahasa kedua. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah Tamil. Dapatan kajian menunjukan terdapat pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Tamil selaku B1 ketara dalam penulisan karangan bahasa Melayu serta didapati murid-murid melakukan kesalahan bahasa kerana kekeliruan yang wujud akibat perbezaan aspek linguistik antara B1 dan B2. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi implikasi yang signifikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan memahami corak interferensi yang berlaku, para guru dapat merancang aktiviti pdp kearah mempercepatkan proses pemerolehan B2 yang lebih teratur dan lancar.

Published

2025-09-29

Similar Articles

11-20 of 34

You may also start an advanced similarity search for this article.