TAHAP PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN MENGENAI KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SJKT PULAU PINANG

Authors

Keywords:

kajian tindakan, pemahaman, pengetahuan, guru, pembangunan profesional

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau tahap pemahaman dan pengetahuan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang terhadap pelaksanaan kajian tindakan sebagai usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen utama yang diedarkan kepada 139 orang guru. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap pemahaman dan pengetahuan, manakala ujian Korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan tahap pemahaman guru berada pada tahap sederhana (min = 3.30, SP = 1.14), manakala tahap pengetahuan juga sederhana (min = 3.05, SP = 1.12). Walau bagaimanapun, guru menunjukkan pemahaman yang lebih tinggi terhadap konsep dan kepentingan kajian tindakan berbanding aspek teknikal seperti pelaksanaan langkah, pembinaan instrumen dan analisis data. Hasil ujian korelasi mendedahkan hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan pemahaman (r = 0.700, p < 0.01), yang menunjukkan bahawa peningkatan pengetahuan guru dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam. Implikasi kajian ini menegaskan kepentingan latihan berterusan, bimbingan profesional, dan sokongan pentadbiran bagi memperkukuh kompetensi guru dalam melaksanakan kajian tindakan secara sistematik. Secara keseluruhan, kajian ini menyimpulkan bahawa pengukuhan pengetahuan dan pemahaman guru terhadap kajian tindakan mampu meningkatkan keberkesanan pedagogi serta menyumbang kepada pembangunan profesionalisme guru di SJKT di Pulau Pinang.

Author Biography

  • Malar Muthiah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Published

2025-09-30

Similar Articles

41-50 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.