PELAKSANAAN KONSEP 6C DALAM PAK21 SEMASA PRAKTIKUM: TAHAP PENGUASAAN, CABARAN DAN FAKTOR KEBERKESANAN

Authors

  • Zainal Abidin Abdul Hamid IINSTITUT PENDIDIDKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN Author
  • Ahmad Sukari Mohamad INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN Author

Keywords:

Konsep 6C, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), amalan praktikum

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai tahap penguasaan, mengenal pasti cabaran utama, dan menganalisis faktor keberkesanan pelaksanaan konsep 6C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan pelajar program perguruan semasa praktikum. Reka bentuk kuantitatif tinjauan deskriptif digunakan; seramai 185 pelajar Institut Pendidikan Guru dipilih sebagai responden. Data dikumpul melalui soal selidik berstruktur yang telah disahkan dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.sebelum dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan penguasaan pelajar terhadap konsep 6C adalah tinggi secara keseluruhan, dengan komunikasi (min=4.36, SP=0.46) dan kolaborasi (min=4.26, SP=0.61) mencatat skor tertinggi, manakala pemikiran kritikal (min=3.68, SP=0.55) dan kreativiti (min=3.75, SP=0.56) berada pada tahap sederhana tinggi. Cabaran utama yang dikenal pasti ialah kekangan kemudahan sekolah, ketersediaan bahan bantu mengajar dan teknologi serta beban kerja tambahan. Impak kajian ini menunjukkan keperluan untuk menyediakan latihan guru yang lebih sistematik dan berfokus kepada PAK21. Kajian ini turut menyediakan asas empirikal yang penting untuk penambahbaikan dasar dan amalan pengajaran serta menyokong usaha memperkukuh sokongan kepada bakal guru dalam melaksanakan PdPc berasaskan 6C secara berkesan dalam konteks pendidikan semasa.

Published

2025-09-28

Similar Articles

11-20 of 46

You may also start an advanced similarity search for this article.