PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OUTCOME-BASED LEARNING): KAJIAN KES  AMALAN GURU PELATIH

Authors

Keywords:

Pembelajaran berasaskan hasil, guru pelatih, bahasa Cina sebagai bahasa kedua, praktikum

Abstract

Pembelajaran berasaskan hasil (Outcome-Based Learning, OBL) menekankan pencapaian hasil pembelajaran yang jelas, boleh diukur dan selaras dengan strategi PdP serta pentaksiran. Kajian ini meneliti pelaksanaan OBL oleh guru pelatih dalam pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua semasa praktikum. Kajian kes kualitatif ini melibatkan analisis dokumen, pemerhatian PdP serta temu bual. Data dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif bagi menelusuri perkembangan kefahaman dan amalan guru pelatih sepanjang tempoh praktikum. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pada awal hingga pertengahan praktikum, guru pelatih menghadapi cabaran menyelaraskan hasil pembelajaran, strategi PdP dan pentaksiran. PdP masih berpusatkan guru, manakala instrumen pentaksiran tidak menepati objektif yang ditetapkan. Namun, pada peringkat akhir praktikum, guru pelatih berjaya memperjelas hasil pembelajaran, menggunakan pendekatan berpusatkan murid seperti permainan bahasa, dan memanfaatkan bahasa Cina sebagai medium utama PdP. Instrumen pentaksiran yang dirangka turut lebih autentik serta menepati keperluan murid pada tahap pencapaian berbeza. Kesimpulannya, pengalaman praktikum memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan OBL oleh guru pelatih. Kajian ini menegaskan keperluan bimbingan, refleksi, dan latihan berterusan bagi memastikan amalan OBL lebih sistematik dan berkesan.

Published

2025-09-27

Similar Articles

51-60 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.