KAJIAN PENGUASAAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM KALANGAN WARGA IPG KAMPUS

Authors

Keywords:

Teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pembudayaan teknologi, dasar pendidikan digital, kompetensi digital

Abstract

Pembudayaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru kampus (IPGK) menjadi keutamaan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penguasaan terhadap teknologi serta pemahaman terhadap aplikasi AI dalam konteks pendidikan amat penting bagi memperkasa pengajaran, pembelajaran dan pengurusan institusi. Namun begitu, masih wujud kekangan seperti ketidakseimbangan tahap kemahiran digital, akses prasarana yang tidak seragam serta kefahaman yang terbatas terhadap penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara berkesan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kemudahan prasarana teknologi digital di IPGK dan mengenal pasti tahap penguasaan pensyarah dan staf IPGK dalam penggunaan teknologi digital dan AI. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 220 responden terdiri daripada 150 pensyarah dan 70 staf dipilih sebagai sampel kajian dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan warga IPG kampus adalah sederhana tinggi. Pensyarah menunjukkan penguasaan yang lebih baik berbanding staf sokongan terutamanya dalam penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (LMS), storan awan dan keselamatan siber. Dari segi kemudahan digital, penggunaan perkakasan asas seperti komputer riba (skor min 4.39) dan telefon pintar (skor min 4.35) adalah sangat tinggi. Namun, penggunaan teknologi lanjutan seperti alat realiti maya (VR) dan mesin pencetak 3D masih berada pada tahap rendah. Hasil kajian dijangka memberi input bermakna kepada KPM dan institusi dalam merancang latihan, membina budaya digital yang mampan, serta meningkatkan kesiapsiagaan IPG dalam mendepani era pendidikan digital dan AI.

Author Biography

  • Noraziah Ahmad Nadzim, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

    Ketua Unit Hubungan Luar dan Antarabangsa,

    Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,

    IPG Kampus Tuanku Bainun

    14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Published

2025-09-30

Similar Articles

11-20 of 64

You may also start an advanced similarity search for this article.