PENGGUNAAN MEDIA DIGITAL GURU PRAKTIKUM PENDIDIKAN MORAL DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENAAKULAN MORAL MURID

Authors

Keywords:

Media digital, penaakulan moral, Pendidikan Moral

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk penggunaan media digital oleh guru praktikum serta menganalisis pengaruhnya terhadap penaakulan moral murid dalam pengajaran subjek Pendidikan Moral di sekolah rendah, di samping mengenal pasti cabaran yang dihadapi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes pelbagai yang melibatkan lima orang guru praktikum di lima buah sekolah rendah di Malaysia. Data dikumpul melalui pemerhatian pengajaran dan temu bual separa berstruktur serta dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru praktikum menggunakan pelbagai bentuk media digital seperti video, aplikasi interaktif dan bahan pembelajaran digital dalam PdP Pendidikan Moral. Penggunaan ini didapati membantu meningkatkan penaakulan moral murid melalui keupayaan membuat pilihan tindakan, memberi justifikasi dan memahami pelbagai perspektif dalam situasi moral. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran dikenal pasti, termasuk kekangan kemudahan dan capaian internet, tahap kemahiran teknologi guru serta literasi digital murid. Kesimpulannya, penggunaan media digital berpotensi sebagai medium pedagogi yang efektif dalam meningkatkan penaakulan moral murid serta memberi implikasi penting terhadap amalan pengajaran dan pembangunan profesional guru.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

21-30 of 74

You may also start an advanced similarity search for this article.