PENGHAYATAN NILAI MALAYSIA MADANI DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM MEMACU KOMPETENSI GURU IPG BERTERUSAN

Authors

  • ZAINAL ABIDIN ABDUL HAMID IINSTITUT PENDIDIDKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN Author

Keywords:

Malaysia MADANI, pembelajaran sepanjang hayat, pelajar praktikum, kompetensi guru, Model Integrasi MADANI-PSH

Abstract

Malaysia MADANI menekankan keseimbangan strategik antara kemajuan material dan nilai kemanusiaan dalam pembangunan pendidikan nasional. Namun, integrasi sistematik antara Nilai Malaysia MADANI dengan amalan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam konteks latihan perguruan masih kurang diberi perhatian secara empirikal. Kajian ini bertujuan menilai tahap penghayatan Nilai Malaysia MADANI, amalan PSH, serta hubungan signifikan antara kedua-dua variabel tersebut dalam kalangan 128 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Menggunakan reka bentuk penjelasan berurutan (mixed methods) berasaskan Teori Motivasi Kendiri, data dianalisis melalui korelasi Pearson dan analisis tematik Braun & Clarke. Dapatan menunjukkan tahap penghayatan Nilai Malaysia MADANI (Min=4.46) dan amalan PSH (Min=4.45) berada pada tahap sangat tinggi. Analisis Pearson mendedahkan hubungan positif yang signifikan dan kuat (r = 0.682, p < 0.01). Sintesis kualitatif menunjukkan nilai keyakinan, daya cipta, dan ihsan menjadi pemangkin utama kepada literasi digital, motivasi pembelajaran kendiri, dan kolaborasi profesional semasa praktikum. Kajian ini mencadangkan Model Integrasi MADANI-PSH sebagai kerangka holistik untuk melahirkan guru yang reflektif, beretika, dan berdaya saing di peringkat global selari dengan standard UNESCO serta OECD. Hasil kajian memberikan implikasi besar terhadap transformasi kurikulum latihan guru masa hadapan.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

11-20 of 79

You may also start an advanced similarity search for this article.