EKSPLORASI REKA BENTUK PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KELAS PRASEKOLAH SEBAGAI GURU KETIGA DALAM MEMPERKASA  PERKEMBANGAN HOLISTIK KANAK-KANAK.

Authors

  • NUR ARIBAH BEEVI ABDUL AZIZ IPG Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

persekitaran pembelajaran, guru ketiga, kondusif, responsif, potensi perkembangan holistik

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneroka reka bentuk persekitaran pembelajaran kelas prasekolah sebagai guru ketiga dalam mempengaruhi perkembangan holistik kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti ciri-ciri reka bentuk persekitaran pembelajaran sebagai guru ketiga yang menyokong pembelajaran, menganalisis implikasinya terhadap perkembangan holistik kanak-kanak, serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap penyediaan persekitaran pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan melibatkan dua buah prasekolah di Daerah Seberang Prai Tengah secara persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen yang melibatkan guru, persekitaran pembelajaran kelas serta bahan pembelajaran di kelas. Hasil kajian dianalisis menggunakan Nvivo 15 secara analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran yang kondusif, fleksibel, dan responsif mampu menyokong perkembangan kanak-kanak dalam aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal berdasarkan perspektif “persekitaran sebagai guru ketiga” dan terdapat beberapa kekangan (kompetensi guru yang rendah, tiada panduan yang spesifik, kekurangan pakar rujuk) yang dihadapi oleh guru terhadap penyediaan persekitaran pembelajaran sebagai guru ketiga. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya dalam merangka garis panduan reka bentuk persekitaran kelas yang efektif serta memperkukuh latihan profesional guru prasekolah ke arah pengurusan kelas yang berkualiti khususnya penyediaan persekitaran pembelajaran sebagai guru ketiga yang kondusif dan responsif serta dapat menyokong potensi perkembangan holistik kanak-kanak.

Kata kunci: persekitaran pembelajaran, guru ketiga, kondusif, responsif, potensi perkembangan holistik dan latihan profesional.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

1-10 of 77

You may also start an advanced similarity search for this article.