TAHAP KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GRADUAN GURU PENDIDIKAN MUZIK IPG
Keywords:
guru novis, kemahiran komunikasi , kemahiran praktikal, latihan profesional , kemahiran keusahawananAbstract
Dalam era abad ke-21, graduan Pendidikan Muzik bukan sahaja dituntut menguasai aspek pedagogi, malah perlu memiliki kompetensi keusahawanan untuk mendepani dinamika industri kreatif. Walau bagaimanapun, kajian lepas dikesan kurang meneliti ciri keusahawanan guru novis dalam bidang ini. Kajian kaedah campuran (mixed-method) ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan dan dimensi dominan kemahiran keusahawanan dalam kalangan 150 graduan Pendidikan Muzik IPG Zon Utara menerusi persampelan bertujuan, serta disokong oleh temu bual bersama enam orang pentadbir sekolah. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, manakala data kualitatif menggunakan analisis tema. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran keusahawanan graduan berada pada tahap yang sangat tinggi (Min = 3.78, SP = 0.30), dengan dimensi Penyelesaian Masalah mencatatkan skor tertinggi (Min = 3.93, SP = 0.21), diikuti Komunikasi (Min = 3.85, SP = 0.23). Dapatan kualitatif menyokong hasil ini melalui bukti inisiatif proaktif graduan dalam pengurusan projek muzik dan jaringan kolaboratif, meskipun wujud cabaran aplikasi kritikal dalam situasi pengajaran kompleks. Implikasinya, kajian ini mendesak pengukuhan latihan profesional berasaskan pengalaman autentik dan teknologi digital bagi merapatkan jurang teori dan realiti. Kesimpulannya, graduan Pendidikan Muzik IPG memiliki kompetensi keusahawanan yang kukuh, kalis masa hadapan, dan relevan dengan hasrat Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 serta Malaysia MADANI.
