Amalan Penerapan Qudwah Hasanah Guru dalam Kalangan Guru PDPP dan PDP Institut Pendidikan Guru Zon Utara

Authors

  • Ahmad Sukara Mohamad Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Noraziah Ahmad Nadzim Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Penerapan Qudwah Hasanah, Guru Pendidikan Islam

Abstract

Secara praktikalnya, peribadi dan adab guru Pendidikan Islam (GPI) sepatutnya mampu dicontohi dan diteladani oleh para pelajar. Seluruh kehidupan GPI juga perlu berupaya menonjolkan adab-adab agama dan sifat-sifat mahmudah supaya seluruh amal dan pekerjaannya menjadi ibadat kepada Allah dan berlandaskan sunnah yang telah ditunjukkan nabi Muhammad SAW. Justeru, artikel ini bertujuan membentangkan hasil kajian tentang amalan penerapan qudwah hasanah dalam kalangan guru pelatih Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan guru pelatih Program Diploma Pendidikan (PDP). Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada 78 orang guru pelatih PDPP dan PDP dini yang sedang menjalani latihan praktikum keguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) zon utara melalui set instrumen soal selidik yang dianalisis menggunakan SPSS v. 27. Hasil data kuantitatif menunjukkan bahawa guru PDP dan PDPP melaksanakan amalan penerapan qudwah hasanah dengan baik terhadap pelajar dengan cara menjaga penampilan diri dan adab sopan, melibatkan diri dengan aktiviti sekolah, bersikap rendah diri, menjaga hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

1-10 of 59

You may also start an advanced similarity search for this article.