Pengetahuan dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Cina

Authors

  • Pei Yao Ho Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author
  • Chu Rui Ng Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

pentaksiran formatif, strategi pentaksiran, Praktikum, cabaran pentaksiran bilik darjah, sekolah jenis kebangsaan cina

Abstract

Pentaksiran bilik darjah merupakan komponen penting dalam kurikulum masa kini. Guru sebagai tenaga pengajar dan fasilatator utama merupakan faktor perdana yang menentukan kejayaan pentaksiran bilik darjah. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru pelatih Bahasa Cina. Pengumpulan data melalui soal selidik dalam bentuk soalan terbuka dan pendekatan analisis data refleksif digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru pelatih Bahasa Cina dari segi konsep, tanggungjawab dan kepentingan pentaksiran bilik darjah adalah jelas dan baik. Sesungguhnya mereka cuba menggunakan pelbagai strategi dalam proses pentaksiran bilik darjah, cabaran tetap menjadi halangan dari segi pelaksanaan sebenar. Antara cabaran termasuk kekangan masa, masalah murid dan kemahiran pentaksrian bilik darjah yang lemah dalam kalangan guru pelatih. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menawarkan program latihan guru yang memberi tumpuan kepada aspek praktikal pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.

Downloads

Published

2025-08-14

Similar Articles

1-10 of 52

You may also start an advanced similarity search for this article.