TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU PELATIH TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Authors

  • Gopinath Sandra INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN Author
  • Syamsul Abdul Hamid Author
  • Malar Muthiah Author

Keywords:

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Abstract

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam membantu guru mengenal pasti tahap pencapaian dan keperluan murid. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa masih wujud jurang dari segi kefahaman dan pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru pelatih, terutamanya berkaitan pentaksiran formatif dan kaedah pentaksiran alternatif. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terhadap pelaksanaan PBD. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 181 orang guru pelatih daripada sebuah Institut Pendidikan Guru telah dipilih sebagai sampel kajian secara persampelan bertujuan. Instrumen soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data dan dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih terhadap pentaksiran, tahap kemahiran guru pelatih dalam melaksana pentaksiran dan tahap cabaran dalam melaksanakan pentaksiran adalah berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini mencadangkan agar latihan berkaitan pentaksiran diperkukuh dalam program latihan perguruan melalui penyediaan modul latihan praktikal dan bimbingan semasa praktikum bagi meningkatkan tahap kompetensi guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran yang berkesan di bilik darjah.

Published

2025-09-28

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.