Tahap Pengetahuan dan Sikap Pelajar RBT IPGMK Terhadap Amalan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pengajaran Rekabentuk dan Teknologi
Keywords:
Pengetahuan, Sikap, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pelajar RBT IPGMKAbstract
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan salah satu pendekatan pembelajaran abad ke-21 yang diperkenalkan sebagai kaedah alternatif ketika proses PdP berlangsung di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap sikap, menentukan hubungan antara amalan pelajar RBT melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan aspek pengetahuan dan menentukan hubungan antara amalan pelajar RBT melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan aspek sikap. Responden kajian ini terdiri daripada 165 pelajar IPGK opsyen Reka Bentuk dan Teknologi yang telah menjalani praktikum di sekitar Zon Utara.
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah set soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 29 bagi mendapatkan nilai analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini mendapati tahap pengetahuan pelajar RBT tentang PBP adalah tinggi (min=4.30) manakala tahap sikap pelajar terhadap PBP juga berada pada
tahap yangpositif (min=4.33). Amalan pelaksanaan pendekatan PBP juga berada pada tahap yangtinggi dengan nilai min (4.27). Analisis inferensi yang menggunakan ujian korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap pengetahuan dan sikap dengan amalan melaksanakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (p<0.001). Secara keseluruhannya, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek perlu dititikberatkan oleh kesemua bakal pendidik dan golongan pendidik agar guru-guru dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bukan sahaja efektif malah menyeronokkan.