Peranan Pelajar Pendidikan Islam Sebagai Pendakwah di Sebuah Institut Pendidikan Guru

Authors

  • Ms. Aniss Sofea Meliana IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Dr. Rahim @ Saleh Ramly IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Dr. Noraziah Ahmad Nadzim IPG Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Pelajar Pendidikan Islam, Dakwah, Pendakwah, IPG

Abstract

Dakwah merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan
Muslim. Setiap pihak haruslah memainkan peranannya dalam melaksanakan dakwah khususnya mereka yang berada dalam bidang agama termasuklah pelajar Pendidikan Islam. Namun, pada masa kini kegiatan dakwah tidak disedari kepentingannya oleh para pelajar yang akan berkhidmat dan memainkan peranannya dalam masyarakat. Kajian ini bertujuan melihat ciri-ciri personaliti pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah, persediaan pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah dan peranan pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah di sebuah IPGK. Oleh itu sebuah kajian dilaksanakan bagi menilai peranan pelajar Pendidikan Islam dalam melaksanakan kegiatan dakwah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Responden yang terlibat terdiri daripada 152 orang pelajar Pendidikan Islam di sebuah IPGK. Data diperoleh melalui borang soal selidik dengan menggunakan skala likert lima mata sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Berdasarkan kajian yang dibuat, hasil analisis menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah berada pada tahap sederhana tinggi, persediaan pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah berada pada tahap sederhana tinggi manakala pelaksanaan peranan pelajar Pendidikan Islam sebagai pendakwah di sebuah IPGK berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhannya, peranan pelajar Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi. Oleh hal, pelajar Pendidikan Islam mestilah melakukan persediaan bagi melengkapkan diri untuk menjadi seorang pendakwah sebelum turun dalam masyarakat sebenar nanti.

Published

2025-03-05

Similar Articles

1-10 of 16

You may also start an advanced similarity search for this article.