KESAN PLATFORM HEAR ME OUT SEBAGAI MEDIUM SOKONGAN KESEJAHTERAAN EMOSI MURID DAN INTERVENSI AWAL DI SEKOLAH

Authors

  • SALINA MOKHTAR Institute of Teacher Education, Tuanku Bainun Campus Author
  • ROHAIDA BAKAR Author
  • ANIS SAKINAH AHMAD Author

Keywords:

kesejahteraan emosi, hear me out, intervensi awal, kesan, luahan suara

Abstract

Kesejahteraan emosi murid merupakan komponen penting dalam pembangunan holistik dan pembentukan iklim sekolah yang selamat, inklusif serta responsif. Namun, kesukaran murid meluahkan emosi secara bersemuka, stigma terhadap kaunseling dan keterbatasan pendekatan sokongan konvensional sering menghalang pengesanan awal isu psikososial. Kajian ini bertujuan menilai kesan Platform Hear Me Out sebagai medium sokongan kesejahteraan emosi murid dan intervensi awal di sekolah. Kajian kualitatif eksploratori ini menggunakan analisis tematik refleksif terhadap rakaman suara spontan murid yang menggunakan platform secara sukarela dalam ruang peribadi dan tidak menghakimi. Daripada 46 klip suara yang diperoleh, 34 rakaman disahkan sesuai untuk dianalisis selepas pembersihan data, manakala 25 rakaman mengandungi luahan emosi yang jelas dan bermakna. Dapatan menunjukkan 73% rakaman sah memaparkan luahan emosi peribadi, 80% rakaman bermakna bernada emosi negatif dan 48% isu dikenal pasti berkaitan buli serta penolakan sosial. Kesimpulannya, Platform Hear Me Out menunjukkan kesan yang baik sebagai saluran luahan emosi awal dan berpotensi memperkukuh sokongan psikososial berasaskan suara murid.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

1-10 of 19

You may also start an advanced similarity search for this article.