Persepsi dan Keperluan Kandungan Untuk Meningkatkan Kefahaman Terhadap Penggunaan Bahan Buangan dalam Penghasilan Projek RBT

Authors

  • Ms. Nurul Ezzah Zahirah Baharuddin IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Mr. Shahril Wanteh IPG Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Reka Bentuk dan Teknologi, Persepsi, Keperluan Kandungan, Tahap Kefahaman, Bahan Buangan, Projek RBT

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan keperluan kandungan bagi meningkatkan pemahaman terhadap penggunaan bahan buangan dalam penghasilan projek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam kalangan guru-guru RBT sekolah rendah. Dalam era kesedaran terhadap kelestarian alam, penggunaan bahan buangan sebagai sumber inovatif yang akan diintegrasikan dalam projek RBT menjadi semakin penting. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru RBT sekolah rendah di Daerah Kerian, Perak. Instrumen kajian yang digunakan mempunyai tiga dimensi utama iaitu Persepsi, Keperluan Kandungan, dan Tahap Kefahaman guru-guru RBT sekolah rendah. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26 untuk menentukan
corak persepsi dan keperluan kandungan yang ada. Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti guru mempunyai persepsi positif dan berada pada tahap yang tinggi terhadap penggunaan bahan buangan dalam projek RBT, tetapi mereka juga mengakui terdapat kekurangan dalam pengetahuan dan sumber yang disediakan. Kajian ini memberikan pandangan yang berguna untuk pihak berkepentingan dalam merancang kurikulum yang lebih berkesan dan relevan, seterusnya menyokong usaha pendidikan berkaitan kelestarian dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Harapan untuk kajian lanjutan adalah untuk memperluaskan skop penyelidikan ini ke daerah-daerah atau negeri-negeri lain, agar maklumat yang lebih holistik mengenai persepsi guru-guru dapat diperoleh daripada pelbagai konteks.

Published

2025-04-02