Gaya Kepimpinan Jurulatih yang Diminati oleh Atlet KAGUM MSIPGM di Sebuah IPG Berdasarkan Jenis Sukan dan Jantina
Keywords:
Gaya Kepimpinan Jurulatih, Minat Atlet, Jantina, Jenis SukanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih
yang diminati oleh atlet KAGUM MSIPGM di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG), dengan fokus terhadap perbezaan mengikut jenis sukan dan jantina. Latar belakang kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan jurulatih memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi atlet dan keberkesanan latihan. Metodologi kajian menggunakan pendekatan
kuantitatif melalui kaedah tinjauan, dengan instrumen kajian adalah
soal selidik "Leadership Scale for Sport" (LSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan maklum balas positif mencatatkan nilai min tertinggi (min = 0.8862), diikuti oleh sokongan sosial (min = 0.5495). Gaya autokratik mencatatkan min terendah (min = 0.3316). Analisis perbezaan berdasarkan jantina mendapati terdapat perbezaan yang signifikan, di mana atlet lelaki lebih cenderung kepada gaya arahan dan latihan (min = 0.3444), manakala atlet perempuan lebih memilih pendekatan demokratik (min = 0.5012). Kesimpulannya, kajian ini menyediakan panduan kepada jurulatih dalam memilih pendekatan kepimpinan yang sesuai untuk memaksimumkan potensi atlet. Cadangan
penambahbaikan termasuk keperluan jurulatih untuk menyesuaikan gaya kepimpinan mereka berdasarkan jantina dan jenis sukan yang diceburi bagi meningkatkan prestasi atlet