Pelaksanaan Kaedah Didik Hibur dalam Bidang Sirah Semasa Praktikum oleh Pelajar Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru (IPG)
Keywords:
Didik Hibur, Sirah, Pengetahuan, Pelaksaan, FaktorAbstract
Pelaksanaan kaedah didik hibur dalam bidang Sirah merupakan
pendekatan inovatif yang penting untuk meningkatkan minat dan
penguasaan murid terhadap bidang Sirah. Namun, kaedah pengajaran tradisional masih dominan, menyebabkan pengajaran Sirah kurang menarik dan tidak efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar, menganalisis tahap pelaksanaan serta mengenal pasti faktor pelaksanaan kaedah didik hibur dalam bidang Sirah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik skala likert 5 mata sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang pelajar Pendidikan Islam yang telah menjalani Praktikum Fasa Satu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan pelajar mengenai kaedah didik hibur adalah tinggi
(min=4.51), tahap pelaksanaan kaedah didik hibur dalam bidang Sirah berada pada tahap yang tinggi (min=4.50) dan faktor pelaksanaan yang utama dalam kaedah didik hibur dalam bidang Sirah ialah faktor guru juga berada pada tahap yang tinggi (min=4.50). Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia, sekolah dan pelajar Pendidikan Islam dalam meningkatkan pelaksanaan kaedah didik hibur agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Kajian lanjutan boleh difokuskan kepada cabaran pelaksanaan kaedah didik hibur
dalam bidang Sirah dan penyelesaiannya serta digabungkan dengan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan dapatan yang lebih luas dan terperinci