CABARAN DAN STRATEGI PENERAPAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM KURIKULUM RBT SEKOLAH RENDAH

Authors

  • NOOR ASIAH BINTI AB MANAF Jabatan STEM, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang Author https://orcid.org/0000-0001-8383-9976
  • CHIN CHEE KEONG Author
  • NIK ZAIDAWATI NIK ABDUL MAJID Author

Keywords:

Pendidikan Alam Sekitar, RBT , Cabaran dan Strategi

Abstract

Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum sekolah merupakan satu strategi kerajaan untuk mendidik murid menyayangi alam sekitar. Namun, penerapan dalam kurikulum RBT masih belum berkesan. Justeru itu,  kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran dan mengkaji strategi yang terbaik untuk membantu guru RBT menerapkan pendidikan alam sekitar kepada murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa struktur lima orang guru RBT sekolah rendah dengan menggunakan protokol temu bual sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati terdapat enam cabaran antaranya guru bukan opsyen, guru kurang menguasai kurikulum RBT dengan optimum, penyampaian guru belum memuaskan, kurang pengetahuan sedia ada murid tentang isu dan penjagaan alam sekitar dan sikap murid yang kurang keinginan untuk belajar. Dapatan turut menunjukkan perlunya usaha dan strategi pengajaran yang berkesan supaya proses penerapan Pendidikan Alam Sekitar dapat diterapkan dengan lebih baik seperti memperkasakan pengajaran guru, merangka pengajaran dengan lebih berstruktur dan melibatkan penglibatan aktif murid. Kajian ini dapat membantu guru RBT untuk meningkatkan kualiti pengajaran bagi melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada proses pembinaan ilmu dengan mengetengahkan strategi yang berkesan dalam menyumbang kepada kelestarian global seterusnya merealisasikan matlamat dalam pendidikan lestari di Malaysia.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

11-20 of 77

You may also start an advanced similarity search for this article.