KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM DAKWAH DIGITAL: KESEDARAN DAN PENGGUNAAN PELAJAR IPGK ZON UTARA

Authors

  • AHMAD SUKARI MOHAMAD lecturer Author
  • HAMIZUL MAHMUD Author
  • RIZAMAN YAHYA Author

Keywords:

Kata kunci: Kecerdasan Buatan (AI), dakwah digital, kesedaran, penggunaan, tabayyun.

Abstract

Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mengubah cara maklumat dan dakwah disampaikan dalam ruang digital. AI kini digunakan secara meluas sebagai medium dakwah digital. Namun begitu, tahap kesedaran dan penggunaan praktikalnya dalam kalangan bakal pendidik masih belum jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran etika, tabayyun dan amar makruf nahi mungkar serta penggunaan aplikasi AI bagi tujuan dakwah digital dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Zon Utara. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap perbezaan Ai dalam kalangan pelajar mengikut peringkat pengajian. Kajian berbentuk tinjauan kuantitatif ini melibatkan 209 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh melalui soal selidik dalam talian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS v27. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi kesedaran etika mencatatkan skor min tertinggi min  4.67 (sp,0.53) berbanding dimensi kesedaran amar makruf nahi mungkar min 4.53 (sp, 0.67) dan kesedaran tabayyun min 4.49 (sp, 0.66). Walaupun tahap kesedaran tabayyun masih berada pada tahap tinggi, namun dapatan menunjukkan aspek semakan dan pengesahan maklumat AI masih perlu diberi perhatian. Kajian juga mendapati tiga item penggunaan AI berada pada tahap sederhana tinggi melibatkan penggunaan AI dalam membantu penulisan dakwah, maklumat berkaitan agama dan penghasilan teks atau skrip dakwah. Selain itu, kajian menunjukkan tahap penggunaan AI mengikut peringkat pengajian Adalah seragam dan tidak ditentukan oleh tahap akademik pelajar. Kajian ini mencadangkan pembentukan garis panduan penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab bagi mengukuhkan peranan dakwah digital dalam era teknologi semasa.

Downloads

Published

2026-09-29

Similar Articles

1-10 of 65

You may also start an advanced similarity search for this article.