Penggunaan Kaedah Recorder Karate Untuk Meningkatkan Tahap Permainan Rekoder Murid Tahun Tiga
Keywords:
Recorder Karate, Tahap Permainan, Penjarian, Karate Belt, PedagogiAbstract
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap permainan rekoder murid tahun tiga dengan penggunaan kaedah Recorder Karate. Kaedah Recorder Karate memfokuskan sistem ganjaran yang menggunakan Karate Belts sebagai alat motivasi untuk membantu murid dalam mempelajari permainan rekoder. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga peringkat Karate Belts iaitu White Belt, Yellow Belt dan Orange Belt. Peserta kajian terdiri daripada 40 orang murid dari kelas 3 Ungu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kajian ini berbentuk campuran antara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan merangkumi pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam pencapaian permainan rekoder peserta kajian selepas penggunaan kaedah Recorder Karate. Ujian pra dan pos turut menunjukkan peningkatan bilangan murid yang mencapai skala 5. Peningkatan skala 5 adalah sebanyak 57%, iaitu daripada 8% kepada 65%. Dapatan soal selidik daripada peserta kajian membuktikan bahawa penggunaan kaedah Recorder Karate dapat meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran rekoder. Peserta kajian menunjukkan sikap yang lebih positif serta minat dan motivasi yang tinggi setelah kaedah ini diaplikasikan. Secara keseluruhannya, kaedah Recorder
Karate bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap permainan rekoder peserta kajian, tetapi juga menyemarakkan minat dan motivasi mereka terhadap pembelajaran rekoder. Sebagai cadangan tindakan susulan, kaedah Recorder Karate dicadangkan untuk diaplikasikan dalam pengajaran rekoder bagi membantu murid meningkatkan tahap permainan, dan pada masa yang sama menjadi alternatif baharu untuk menambahbaik amalan pedagogi guru dalam pengajaran rekoder.