Pengetahuan dan Kesedaran Pelajar Pendidikan Islam Terhadap Kesihatan Mental: Suatu Kajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara
Keywords:
Kesihatan Mental, Pengetahuan, Kesedaran, Faktor Kewangan, Tekanan AkademikAbstract
Kesihatan mental adalah suatu perkara yang penting dalam aspek kesejahteraan mental khususnya dalam kalangan pelajar. Namun, akhir-akhir ini isu masalah kesihatan mental sering diabaikan berikutan kurangnya pemahaman berkaitan kesihatan mental dalam diri masyarakat. Justeru, kajian berkaitan pengetahuan dan kesedaran terhadap kesihatan mental telah dijalankan dalam kalangan pelajar Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara ambilan Jun 2021 - Julai 2025. Kajian ini penting untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan, kesedaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental pelajar Pendidikan Islam di IPG Zon Utara. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seterusnya, soal selidik melalui platform Google Form disebarkan kepada 179 orang pelajar Pendidikan Islam IPG. Seterusnya, data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 26.0 dengan melibatkan analisis deskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar Pendidikan Islam terhadap kesihatan mental adalah pada tahap yang tinggi dengan catatan nilai min=4.31, sp=.505. Manakala bagi tahap kesedaran juga turut menunjukkan berada pada tahap yang tinggi (min=4.11, sp=.69). Manakala bagi faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental pelajar Pendidikan Islam IPG Zon Utara adalah faktor kewangan dengan catatan nilai min pada tahap sederhana rendah (M=2.92 dan SP= 2.92. Akhirnya, antara implikasi kajian ini adalah sebagai satu rujukan dan panduan kepada Pihak KPM untuk menilai pengetahuan dan kesedaran bakal pendidik IPGM tentang kesihatan mental bagi menyokong kesejahteraan mental pelajar.