Kesediaan dan Kemahiran Mengaplikasikan Scratch bagi Topik Pengaturcaraan dalam Kalangan Guru Pra Perkhidmatan

Authors

  • Ms. Isma Abdullah IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Mr. Mohd Zaki Said IPG Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Reka Bentuk dan Teknologi, Pengatucaraan, Scratch

Abstract

Pengaturcaraan telah diperkenalkan secara meluas dalam kurikulum sekolah di Malaysia melalui subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah (SR). Oleh itu, menjadi cabaran kepada guru pra perkhidmatan RBT-SR untuk mengaplikasikan Scratch dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Maka, kajian tinjauan menumpukan kepada kesediaan dan kemahiran guru pra perkhidmatan RBT-SR mengaplikasikan Scratch bagi topik pengaturcaraan dalam kalangan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Populasi sampel dalam kajian ini melibatkan 186 orang guru pra perkhidmatan RBT-SR di negeri Johor dan Perlis, Malaysia dan saiz sampel ialah 149 orang responden. Hasil kajian menunjukkan guru pra perkhidmatan RBTSR menunjukkan kesediaan yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi serta kemahiran mengaplikasikan Scratch dengan nilai min yang tinggi bagi kedua-dua konstruk kajian iaitu kesediaan (M= 4.23 hingga 4.80, SD= 0.402 hingga 0.959) dan kemahiran
(M= 4.26 hingga 4.80, SD= 0.565 hingga 1.038). Dapatan menunjukkan responden mempunyai kemahiran tinggi dalam menggunakan Scratch dalam sistem algoritma namun kurang menguasai dalam penggunaan blok kod dengan nilai min (M=4.50, SD =0.565). Oleh itu, kursus Scratch dan panduan pengajaran Scratch dalam PdP perlu diwujudkan bagi meningkatkan tahap kompetensi guru RBT-SR.

Published

2025-03-05

Similar Articles

1-10 of 13

You may also start an advanced similarity search for this article.