Tinjauan Pengetahuan, Keyakinan, Kemahiran dan Persepsi Guru Pendidikan Seni Visual dalam Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Keywords:
Pendidikan Seni, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengetahuan, Kemahiran, Keyakinan, PersepsiAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengetahuan, keyakinan, kemahiran dan persepsi guru Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam pengapliksian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di daerah Seberang Perai Utara (S.P.U), Pulau Pinang. Penyelidikan ini penting kerana TMK meningkatkan kualiti pembelajaran murid khususnya dalam subjek PSV. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan instrumensoal selidik yang diedarkan kepada 108 orang guru PSV di daerah S.P.U. Soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu demografi responden, tahap pengetahuan, keyakinan, kemahiran serta persepsi guru PSV terhadap TMK. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 27.0, di mana analisis deskriptif dan inferensi dijalankan bagi mengukur hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru berada pada tahap tinggi, dengan skor min yang signifikan (min=4.4784), kemahiran (min=4.3958), keyakinan (min=4.4537) serta sikap dan persepsi (min=4.5463). Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan kemahiran guru PSV (r=.784), kemahiran pedagogi guru PSV (r=.725). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keyakinan dengan kemahiran guru PSV (r=.840). Kesimpulannya, kajian ini dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada, kemahiran, keyakinan serta sikap dan persepsi guru PSV dalam pengaplikasian TMK. Kajian ini menyarankan agar guru terus meningkatkan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif.