Pelaksanaan Kaedah Didik Hibur Bidang Adab dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Islam di Sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) Semasa Praktikum

Authors

  • Ms. Nur Izzah Athirah Md Azmi IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Dr. Rizaman Yahya IPG Kampus Tuanku Bainun Author
  • Dr. Ahmad Sukari Mohamad IPG Kampus Tuanku Bainun Author

Keywords:

Didik Hibur, Bidang Adab, Pengetahuan, Pelaksanaan, Pelajar Pendidikan Islam

Abstract

Kaedah didik hibur merupakan salah satu kaedah pengajaran yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2011 bertujuan untuk menambahbaik dan menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan terhadap murid-murid. Namun, kajian menunjukkan terdapat segelintir guru Pendidikan Islam masih menggunakan pembelajaran berasaskan tradisional iaitu “chalk and talk” berbanding kaedah didik hibur. Hal ini disebabkan kurangnya tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan kaedah didik hibur dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan berkaitan kaedah didik hibur serta mengukur hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap pelaksanaan berkaitan didik hibur semasa guru pelatih menjalani praktikum. Metodologi yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik telah disebarkan melalui Google Form kepada 100 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam Ambilan Jun 2021 di sebuah IPG. Seramai 90 orang responden telah menjawab soal selidik. Soal selidik telah diadaptasi daripada Zanariah & Wahab (2017). Hasil analisis menunjukkan dapatan kajian berkaitan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan kaedah didik hibur adalah pada tahap tinggi iaitu min=4.41, sisihan piawai= .46 dan min=4.33, sisihan piawai= .51. Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap pelaksanaan berkaitan kaedah didik hibur (r= .670, p< .01). Kajian ini dapat memberi gambaran jelas tentang kaedah didik hibur semasa praktikum. Peranan guru dalam menjadikan PdP lebih menyeronokkan akan menghasilkan impak positif terhadap perubahan positif terutamanya dalam pencapaian akademik murid. Kajian ini mencadangkan agar lebih ramai responden dilibatkan dan instrumen temu bual diaplikasikan dalam kajian lanjutan.

Published

2025-03-05

Similar Articles

1-10 of 13

You may also start an advanced similarity search for this article.